dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Semangar Dalam, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Ziarah Kasih p155 Tenggara

17 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Jun 2017, Pihak JKKK Masjid Kampung Semangar Dalam dengan kerjasama pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan program Ziarah Kasih p155 Tenggara. Program ini diadakan untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan janda. Program ini juga dijayakan oleh wakil-wakil zon Tenggara. Program ini dijalankan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Program ini dijalankan adalah untuk memberi sumbangan berbentuk bahan mentah dan wang kepada golongan miskin serta golongan janda di kampung Semangar Dalam. Dalam program ini juga, terlibat banyak penglibatan ngo-ngo dalam kampung ini. Bahan mentah yang diperuntukan adalah seperti beras, minyak, gula dan sebagainya. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan serta memberi keseronokan kepada mereka dengan sambutan hari raya yang tidak lama lagi bakal menjelang. Oleh itu, program ini dapat memberikan impak yang besar terhadap komuniti yang tidak berkemampuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.