LAWATAN MENTERI KOMUNIKASI, YB DATUK FAHMI FADZIL KE NADI TAMAN SRI SKUDAI

22 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 21 April 2025, Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja ke NADI Taman Sri Skudai bagi melihat sendiri pelaksanaan inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI di peringkat akar umbi. Staf NADI Semanggar Dalam turut turun padang membantu NADI Taman Sri Skudai dalam sesi lawatan ini.

Dalam sesi lawatan tersebut, YB Datuk Fahmi Fadzil telah diberi taklimat oleh Pengurus NADI Taman Sri Skudai mengenai operasi harian, penglibatan komuniti setempat, serta pelbagai program pembangunan kapasiti digital yang dijalankan bersama penduduk.

Turut sama menyampaikan taklimat pada lawatan ini ialah Ketua Pejabat NADI MCMC, Dr.Arif Adenan yang menyampaikan taklimat berkenaan status keseluruhan operasi NADI di negeri Johor.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali