Kelas Mahir Nadi Semanggar Dalam
26 September 2026 | Aktiviti TerkiniSeramai 4 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg.Semangar Dalam telah mendaftar untuk menyertai Kelas NADI Mahir di NADI Semanggar Dalam bagi pengambilan ke-4 yang bermula pada Julai 2026. Antara kelas yang diikuti adalah Mahir Pertanian Pintar,Mahir Masak, dan Mahir Baiki Gajet. Selain itu, bermula tahun 2026, pengenalan Mahir Prompt Engineer Cohort 1 serta Mahir Microsoft Excel dan Mahir Microsoft Power Point Batch 1 turut diperkenalkan dan masing-masing disertai seorang peserta dari NADI Semanggar Dalam.
NADI MAHIR dibangunkan untuk membina kemahiran praktikal, meningkatkan kebolehpasaran dan menggerakkan ekonomi komuniti. Program ini menawarkan latihan bersijil secara percuma oleh tenaga pengajar bertauliah melalui gabungan pembelajaran dalam talian dan latihan praktikal di pusat NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: